Tuesday, June 22, 2010

Anak Ramadhan Yang Cantik Menawan


Bila diteliti EDD, dah melepasi harinya. Begitulah ragam menanti ketibaan cahayamata kedua saya. Kalau dulu kakak Damia awal seminggu, adiknya pula lewat seminggu. Cukup genap lambat seminggu, suami menemani saya ke Hospital untuk bersalin. Dan sememangnya sejak 2 hari sebelum ke Hospital, mild contraction telah berlaku. Bloody stain pun dan keluar menunjukkan yg saya sememangnya dah cukup ‘matang’ untuk melahirkan baby.

Tiba di Hospital, perasaan gerun dan gusar terasa di hati. Namun memikirkan yg ini adalah episod penting dalam menyambung zuriat umat Nabi Muhammad SAW, saya gagahkan diri menghadapi semua. Alhamdulillah, kelahiran kali ini ditemani suami di sisi. Sesungguhnya ia amat byk membantu. Ketika kudrat semakin menipis, berkat sokongan suami dan desakan sekumpulan jururawat, midwife dan doktor, saya selamat melahirkan baby perempuan yg sgt comel secara SVD (normal). Sungguh, hati terasa lega dan amat bersyukur…

Namun ujian pertama yg perlu saya hadapi adalah untuk menyusukan baby dgn susu badan. Maklumlah kakak Damia, Formula Fed atas beberapa faktor yg tidak membantu utk saya breast-feed kan dia dulu. Awalnya mmg payah tapi saya sudah agak bersedia dgn bantuan beberapa bacaan yg saya temui di internet. Biasanya utk 48jam pertama, air susu mmg tak keluar. Then hari berikutnya baru breast membengkak dan waktu tu kena rajin urut dan tuam supaya baby senang nak hisap. Masalah saya ialah, saya alah pada alat Breast-pump. Doesn’t work on me. Menyakitkan and to make thing worst, bole jadikan breast berdarah. Saya hanya stimulate menggunakan mulut baby saja.

Dan ujian semakin bertambah bila baby kena Jaundice within 24 hrs after birth, which is not good at all. Terpaksa masuk NICU pada hari pertama kelahiran. Kesian baby kena duduk bawah Photo-therapy machine. Saya yg masih lemah juga terpaksa ikut berpindah dari wad biasa ke bilik di NICU untuk jaga baby (tidur berasingan dgn baby). Satu pengalaman yg saya rasa sedih bila dikenangkan balik. Dari bilik Intermediate, baby kemudian berpindah ke Recovery Room dan saya dapat duduk sebilik dgn baby. Terasa sedikit lega kerana bilik ini jauh lebih selesa dan hangat. Berkat doa semua setelah 4 hari menjalani Photo-therapy, baby akhirnya cukup stabil untuk keluar hospital. Alhamdulillah…….

Kini kehidupan semakin ceria dan bahagia bersama seorang lagi cahayamata perempuan bernama Fatin Nurdina. Kelahirannya penuh barakah di malam Ramadhan, lebih-lebih lagi tarikhnya sama dgn Papa. Wahhh, Kak Damia, Baby Fatin dan Papa semuanya anak Ramadhan. Mama jelaa yg anak Rabiulawal ye. Bersyukur pada ALlah dgn kelahiran seorang lagi anak Ramadhan yg cantik menawan…

*posted on September 4, 2009

Bila Hati Resah

Dlm kehidupan seharian, kita selalu lupa ttg byk hati-hati manusia lain yg mungkin terluka. Tak kisahlaa samada mereka dari kalangan yg dekat, mahupun jauh beribu batu. Kita selalu menafikan kesilapan kita lantaran ego atau sekadar mahu mengelakkan rasa bersalah yg menggamit jiwa (escapism). Kita rasa kita sentiasa betul walaupun dalam hati ada secebis kegusaran. Dalam pada kita cuba membahagiakan org lain, kadang2 kita byk pula menyakiti mereka tanpa sengaja (atau mungkin juga sengaja dlm paksa?). Sungguh…manusia itu byk benar kelemahannya. Maka bila hati mula resah, bermuhasabah lah…tentu ada hati2 di sekeliling kita yg terluka atau mungkin ada peranan yg belum kita selesaikan. Ia sgt berat, beban sepanjang hayat.

Kini, saya menanti hari2 yg mendatang dgn debar. Kelahiran anak kedua tentunya menjanjikan pelbagai warna. Harapnya dipermudahkan segala urusan. MasyaALlah…hingga kini masih lagi tiada calon nama yg tetap, sementelah kali ini tugas Hubby utk beri nama tapi tak kisahlaa, saya percaya, sampai masanya nanti mesti Hubby dpt jumpa nama yg baik dan sesuai utk anak kedua kami ni. Apapun saya sgt menyedari hakikat ttg ada kebarangkalian utk seorang ibu ‘terus pergi’ ketika melahirkan bayi. Sebagai manusia yg terlalu byk dosa, saya mohon ampun dan maaf pada semua, suami, ibubapa, mertua, adik-beradik, keluarga, guru-guru, pensyarah, jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai yg sentiasa di ingatan dan juga tak lupa buat si kecil Damia, anak sulung saya (kadang2 Mama terlebih reaktif!). Minta halalkan segalanya dan maafkan saya atas semua kesilapan saya.

Saya sgt menyayangi semua mereka yg ada di sekeliling saya, dekat mahupun jauh. Saya maafkan semua kesilapan mereka yg mungkin pernah melakukannya. Dalam hati, saya tidak menyimpan apa2 dendam. Bagi mereka yg berhutang, saya halalkan saja. Ketika ini, tiada rasa utk berkira-kira sesama manusia, sebaliknya hati saya jadi kecut bila memikirkan apakah persediaan yg saya ada jika ‘dijemput pergi’ nanti.
Semoga saya sentiasa berada dlm persekitaran yg dpt mendidik jiwa tunduk dan patuh pada-Nya…

*posted on August 6, 2009

Nurse 'Terlampau'!

Entri ini ditulis bukan untuk mengampu-bodek atau mengondem-kutuk Hospital Kerajaan. Ini hanyalah satu luahan rasa yang kadangkala tak terucap di mulut kita. Seperti yang diketahui, anak kesayangan saya Damia perlu menjalani pembedahan untuk masalah Jantung Berlubang nya itu. Saya ada terfikir untuk meletakkan anak saya di bawah penjagaan dan pengawasan Hospital Ampang Puteri atau Pusat Pakar Perubatan Pantai, Bangsar. Tetapi suami memilih untuk ke IJN, (mungkin memikirkan ttg kos check-up yg melambung ke awan kalau di Pvt Hosp), so here we go then…

Segalanya bermula pada 22 Nov, 2008 (Sabtu). Bersama Refer Letter dari DSH (tmpt Damia dilahirkan), kami suami isteri dan Damia pergi ke sebuah Hosp. Kerajaan dengan tujuan untuk mendapatkan pulak Refer Letter dari situ supaya dapat proceed ke IJN (mmg gitu prosedur nak dptkan rawatan/daftar di IJN). Bayangkan, menggagau jugak nak carik ‘tmpt’ yg betul utk diusulkan surat tu. Disebabkan surat yg ditaip oleh Paediatrician Damia di DSH itu adalah utk perhatian A&E Department, so ofcoslaa saya akan pergi ke A&E Department, right? Lagipun hari tu hari Sabtu, mungkin Klinik Paediatrik tak buka, so logik laa jugak surat tu utk perhatian A&E (fikir saya laa). Sampai kat tmpt pendaftaran, orang tu cakap ” Err….encik kena pergi kaunter saringan (Triage) dulu, tanya orang di sana mcm mana ye “. Oklaa kita pun pergi balik ke luar, cari kaunter saringan dan eksplen laa balik dari A-Z. setelah beberapa lama (mcm diorang tak bole decide what to do with our letter), diorang suruhlaa pulak kita ni buat pendaftaran kat kaunter tadi. Alahai…

Dah selesai buat pendaftaran, kami kenalaa pulak tunggu giliran untuk ke Room 1. Macam biasalah, memang lama. Masuk dalam Room 1, ada sorang nurse dok kat situ, check apa yg patut kat Damia n tanya bbrp soalan, then dia bagi angka giliran untuk ke Room seterusnya. (tak faham apa fungsi kita kena jumpa dia dulu). Dan sekali lagi terpaksa menunggu dgn lama. Anak pun dah mula laa tak boleh duduk diam. Ada je benda yg dia tak puashati. Penat agaknya. Kesian kat Damia.

Then sampailaa giliran kami utk masuk Room 3 (tapi waktu tu saya di musolla berdekatan). Husband bawa Damia masuk dulu. Ada laa dlm 2-3 min, saya pun menyusul ke Room 3 (waktu nama Damia kena panggil tu, saya dah rakaat akhir lebih kurang). Ok, skrg saya ceritakan bbrp fenomena yg saya tak pernah jumpa sblm ni. Dalam bilik tu ada seorang Doktor (saya rasa junior sebab masih muda and cakap Eng dlm fon masih terkial-kial and nampak mcm kurang relax dgn kami). Dan selain tu ada nurse pembantu. ada 2 kerusi utk patients/clients. Yg satu tu suami saya dah duduk. Satu lagi yg depan Doktor tu si nurse tu pulak boleh selamba duduk n bila saya masuk, dia langsung tak bangun n saya pulak kena tercegat berdiri! What nonsense is that! Cuba laa bayangkan? Sengal ke tak?! jawabzzz…

Dipendekkan citer, Doktor ‘mentah’ tu usulkan kita buat Appointment dgn Paediatrician sebab Sabtu klinik tak buka (like i assumed before). Then nurse yg kekurangan ajaran tu tadi buatkan appt referring us to Dr Koh (sbnrnya salah, lepas tu baru saya dpt tau dgn inisiatif sendiri yg nama dia Dr Eric Khor bukannya Koh! Duhhhh to her). Dia dgn selamba ayam dia tulis kat kad appt tu sambil duduk dgn saya yg terpaksa berdiri. Bagi explanation dgn angkuh n sangat kurang sikap manusiawi. Waktu tu muka suami saya agak serius dan suara dia agak tinggi bila bercakap dgn nurse ayam tu tadi. I wonder why….

Lepas keluar dari Room 3 tu, suami mula cerita, waktu baru2 masuk bilik tadi kena herdik dgn nurse tu (saya tak tahu sebab masih di musolla). boleh ke tetiba dia tanya dgn sergahan yg amat biadap.. ” Ehh kenapa encik datang sini pulak?! Ni tmpt A&E je! Tadi encik dtg tak masuk bilik 1 dulu ke?! “.

hadoohaiiii… boleh ke dia menyalak mcm tu tetiba je. Suami yg dah bengang tunggu lama free2 je dpt herdikan mcm tu, terus balas balik. ” Dah tunggu berjam2 lamanya, dah lalu mcm2 kaunter n bilik, baru skrg awak nak cakap tak bole pulak?! Apsal dari tadi takda sorang pun kata tak bole?! Awak tak tau prosedur awak sendiri ke?! Sebelum masuk bilik 3 ni mestilah kena masuk bilik 1 dulu, baru dpt no giliran! “. (ini apa yg suami citer balik kat saya). sometime he could be so furious to ppl whom treated him like a jerk. fair laa nurse tu dpt balik jerkahan dari suami saya kan???

patutlaa…dalam bilik 3 tadi mood suami mcm takda. masam je dia. rupanya dari awal nurse tu bikin problem. ingatkan dgn saya je dia kekurangan ajaran. Apa yg saya luahkan ini bukan berniat nak menjatuhkan aib sesiapa, dan kami pun sebenarnya masih boleh bertahan bila terpaksa menunggu berjam2 dgn kerenah anak yg dah kepenatan. really sokay, we can bare that. Tapi kalau tetiba ada orang yg dah laa kerjanya sbg Nurse, bekerja di tmpt org sakit, boleh menyalak sesuka hati nak menengking-herdik kita… itu yg buat kita sakit hati n tak tahan. Mana perginya adab dia? Dulu tak pernah sekolah agama ke? Sikap mereka yg segelintir ni kadangkala bole merosakkan seluruh kepercayaan kita. Tak boleh ke bertanya dgn suara yg sederhana n sopan kalau yer pun kami tak sepatutnya ke Department itu. cakap dan eksplen lah dgn nada yg baik. Awak tuh kan org Islam. Tak malu ke?

Begitulah Hosp Kerajaan yg byk menguji kesabaran. Kalau tak sabar mau hempuk jugak muka dia dgn kerusi besi tu hehe… Apepun saya byk berkongsi pendapat dgn suami, telling him dat no matter what the obstacles, we need to bare n cope with it coz the most vital thing now is to do all the possibilities to make Damia get well again. Lain2 hal tu kami kena telan lah. Mesti bersabar walaupun terpaksa berdepan dgn manusia2 yg kurang adab/akhlak. Semuanya dugaan n ujian dari ALlah… well, saya pasrah jelah.

p/s: bila teringatkan muka suami yg kelat dlm bilik tu rasa funny pulak. kesian dia, actually my hubby adalah seorang yg peramah n he always mix well with others… Gara2 nurse yg ‘terlampau’, he lost his friendly-smiling.

*posted on December 3, 2008

Cinta Tanpa Syarat

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud Yang Maha Memberi. Namun memberi dengan sifat al-Wahhab itu, terkandung di dalamnya lima sifat:

Memberi tanpa meminta apa-apa balasan. Allah, Tuhan yang al-Wahhab itu Maha Kaya, tidak perlu kepada Makhluk. Kerana itulah Allah SWT Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab tanpa mengurangkan langsung perbendaharaan-Nya. Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih dan sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada 9 anak yang menyusul kemudian. Anak durhaka, menconteng arang ke muka, mereka masih terus memberi kasih sayang, kerana mereka beroleh kasih sayang Rahmat Allah yang al-Wahhab.

Memberi secara berulang-ulang. Al-Wahhab terus memberi berulang kali, tidak jemu Memberi dan tidak Marah diminta. Percikan sifat inilah yang Allah limpahkan ke jiwa ibu bapa kita. Mintalah susu pada setiap malam di usia kecilmu. Ibu akan bangun meraba dinding mencari cahaya, demi anak yang diberikan hati dan cinta. Dia tidak jemu, bahkan sejurus selepas kita dewasa, diberikannya pula cinta itu kepada adik kecil yang baru menjenguk datang ke hidup duniawi.

Memberi tanpa diminta. Allah SWT Tuhan yang al-Wahhab, memberi tanpa diminta. Hitunglah pada pelbagai yang ada di sekeliling kita. Dia berikan kita wajah yang cantik tanpa kita minta. Dia berikan kita sahabat yang baik, tanpa kita minta dan jangka. Allah itu Maha Memberi dengan sifat-Nya yang al-Wahhab. Sifat inilah yang Allah tanamkan kepada naluri ibu dan bapa. Pelbagai keperluan dan hiasan hidup diberikan tanpa diminta. Ibu mencium dahi, ayah menyapu kepala, semuanya demi sayang mereka kepada kita, sayang yang diberi tanpa diminta.

Memberi sesuatu yang amat berharga. Allah Dia yang al-Wahhab memberi dengan sifat itu perkara-perkara besar yang amat berharga. Dia kurniakan kita dengan sifat al-Wahhab itu, bukanlah hiasan-hiasan dunia yang tidak berharga. Al-Wahhab, dari-Nya datang RAHMAT yang menyelamatkan kita, mengampunkan kita, memelihara kita tanpa menghitung-hitung satu taat dibalas nikmat, satu maksiat dibalas binasa dan kiamat. Peluang demi peluang diberikan. Sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Dia tutup atau kita menutupnya sendiri. Semuanya diberikan kerana kita hidup untuk TUJUAN yang besar. Cebis-cebis sifat inilah Allah limpahkan kepada jiwa ibu dan bapa kita. Diberikannya kasih sayang yang tidak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang paling bercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah selama-lama. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia.

Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan. Allah jua dengan sifat al-Wahhab memberikan pelbagai kebaikan kepada kita, agar dengan kebaikan itu kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan. Diberikan-Nya kita harta, agar kita bersedekah. Diberikan-Nya kita ilmu agar kita berdakwah. Diberikan-Nya kita pelbagai yang baik, agar dengannya kita berbuat baik.
Kita mohon agar Allah limpahkan Rahmat-Nya kepada kedua ibu bapa kita. Allah memberikan rahmat itu dengan sifat al-Wahhab-Nya. Dengan itu jualah diberikan-Nya ibu dan bapa kita kasih sayang tanpa syarat untuk anak-anak mereka. Dengan itu jualah mudah-mudahan Allah mengasihani kita tanpa syarat, mengampunkan kita tanpa syarat. Kerana syarat Allah terlalu perkasa untuk disahut oleh hamba yang lemah dan kerdil seperti kita.
“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

* Artkel ini dipetik dari www.saifulislam.com
*posted on November 28, 2008

Mbah Esah dan Kalimah Suci

pada 26zulkaedah 1429H/pagi 24 nov 2008, i.e mlm tadi, sy bermimpi seseorang yg sgt sy rindui iaitu Mbah Esah sy. dah 10thn mbah meninggal dunia. ketika itu sy nak ambil spm.sy jadi semakin mengagumi mbah hanya apabila dia telah tiada di dunia. mungkin agak terlewat sbb kalau waktu dia masih hidup sy boleh blaja byk perkara dari dia...tentu itu lebih bermakna. tapi apapun, pelajaran yg sy dpt ketika dia telah tiada juga sgt berguna sebnrnya. mbah seorang tua yg saya kira sgt warak. tidur mlm nya sgt pendek krn dia byk solat sunat malam, bertahajjud etc. dia tidak spt orgtua lain yg mcm dh nyanyuk tp mbah, dia sgt rasional dan sopan serta pandai menjaga kehormatan diri walupun dah tua. aurat sentiasa dijaga. sy sgt sygkan mbah esah cuma mungkin dulu tak pandai nak tunjuk sgt.

mlm tadi mimpikan mbah. dlm mimpi tu umur dia sekitar pertengahan 80-an(usia ketika dia meninggal dunia) tetapi wajah dia sgt bersih, bersinar dan mbah nampak sihat dan wajahnya kelihatan jauh lebih muda. walaupun mimpi tu sekejap cuma, tapi dpt juga mengubat kerinduan sy... sy bertekad utk mengikut jejak mbah yg rajin bangun mlm utk solat sunat. sy rindukan mbah sgt... sy mahu berjumpa dgnnya kembali di akhirat nanti. terasa mcm byk perkara yg sy nak ceritakan pada dia..

selain itu sy juga mimpi pd mlm yg sama tadi, terdapat kalimah Laailaahaillallah di dahi sy. apa maknanya ye? sy tak pandai menafsir mimpi, tp jika itu petunjuk yg baik, sy bersyukur. mungkin sy perlu selalu beringat utk menjaga akhlak dan iman sy. sy mesti menjadi mukminah yg solehah. itu impian saya. semoga ia tercapai.... ameeen...........

*posted on November 24, 2008

Atrial Septal Defect

Dah seminggu tak cukup tido. sejak awal minggu lepas, Damia demam, cirit siap mcm kena asthma lagi tu. Yg peliknya ubat demam kat klinik mcm tak berkesan langsung. Disebabkan demam yg makin panas, terpaksa laa saya bawak Damia g jumpa Dr.Wati (her Paediatrician since born) kat DSH. Ya Allah, rupanya body temperature dia dah terlalu panas sampai kena bagi ubat jolok lalu rectal. Dan bermula lah episod kami kena dok wad. 3-4 hari dah berlalu, demam Damia on-off-on-off. Saya mmg dah tersgt laa risau. Akhirnya doc buat 2nd blood test, urine test dan X-Ray skali. Waktu tu doc dah tukar medication dia dari 1 jenis antibiotik ke 3 jenis antibiotik (ubat cucuk lalu tiub kecil kat tgn kanan Damia) selain dari oral-medicine. Gas (Nebulizer) utk asthma pun dikerapkan jugak since ade bunyi wheezing and all. Di saat demam dia makin kebah, doc bgtau X-Ray dia menunjukkan organ jantung tu mcm besar sket dari saiz sepatutnya. something has gone wrong somewhere! saya sgt tak sedap hati. ingatkan Damia dah ok rupanya ada masalah lain pulak ke.

Kami 'dikejarkan' ke Hospital Pakar Pantai dgn ambulans utk buat pemeriksaan lanjut ttg jantung Damia. Memang 1st time naik...ya ALlah terus dpt head-ache! Sgt laa laju, terhuyung hayang, org sihat pun bole dpt heart-attack. Dipendekkan citer Dr. Azam buat scan (ultra-sound) kat chest Damia. Kemudian dgn nada yg berhati-hati, dia bgtau kami yg Damia mengalami masalah Jantung Berlubang! Bayangkan... sekecil itu dah ada masalah jantung... saya mmg sgt sedih, terkejut rasa nak nangis pun ada. Saya pandang wajah suami, mata dia pun dah merah semacam... tak berani saya nak pandang dia lama2 takut nanti saya yang tak bole tahan hati terburai airmata kat situ jugak. Ya ALlah.. ia satu dugaan yg sgt berat... rasa mcm jantung saya yang berhenti berdegup...

Penyakit yg dialami Damia skrg ialah ASD (atrial septal defect). Di septum jantung bahagian atrium terdapat 'hole' sebesar 1.2mm and medically, that considered as LARGE already. Ia perlu ditutup utk mengelakkan risiko mudah terkena Pneumoniae (mmg pun Damia salu dpt lung-infection b4 this). Lagipun pergerakkan darah beroksigen tinggi di kiri atrium yg terbobos ke atrium kanan (darah beroksigen rendah) akan menyebabkan ketidakseimbangan tekanan. Bila darah berlebihan kat jantung kanan, ini akan bg pressure kat jantung kanan dan jugak arteri pulmonari yg menghubungkan jantung ke peparu. Akibatnya peparu juga akan mengalami 'pressure' dan mudah 'basah' kerana lebihan darah (dats y mudah kena lung infection/Pneumoniae). Darah dari atrium kiri tu patut semuanya masuk ke bahagian bawah jantung (ventrikel kiri) untuk dipam terus ke sel dan organ badan. Tapi skrg ventrikel kiri tu mcm dah kurang darah beroksigen. Dats y laa nanti bole cepat letih/takda selera makan sgt. Biasanya mmg akan jadi kurang berat badan. Mmglaa tu..BMI Damia cuma 15.0!

Dan yg menakutkan jugak ialah kos pembedahan mencecah RM 30,000! Blom campur kos check-up, medication dan lain2 tu. Malah to make thing worst, takaful tak bole cover penyakit ASD ni sebab dikira sebagai congenital (penyakit dari dlm rahim lagi). Apa nak buat. Mmg kena guna cash sendiri. Mana nak carik? Kenalaa diikhtiarkan... Hiba rasanya bila bayangkan yang tulang dada tgh akan dibelah utk bedah jantung tu. Nyilunya laa. Damia perlu mencapai berat bdn atleast 15kg utk jalani pembedahan. Skrg dia baru 13kg. Saya fikir, mungkin tunggu Damia dah pandai ckp sikit baru kita buat OP. Doc pun ada ckp yg it's ok to wait. Cuma sebaiknya sebelum dia mula bersekolah.

Doakan Damia bertahan dan kami juga dimurahkan rezeki utk membiayai kos perubatan Damia. Yang penting, mulai kini saya dan suami jg perlu jaga kesihatan dan keselamatan kerana kami perlu 'jaga' Damia. Semoga ALlah membantu kami dan memudahkan segala usaha/ikhtiar.

*posted on November 7, 2008

Gambang, 219.4

I was still in a state of shocked when i was writing this. Who wouldn't? My hubby had an accident and someone died! Ia sesuatu yg amat sukar utk dia terima. Poor him... I didn't know how to convince him that it wasn't his fault. That night, it was raining quite heavily. He was driving with his friend along the way from KL back to Kuantan. Everything seemed normal except that this time the car was moving perfectly, the engine running well and the air-cond was in a good condition also. Sebelum ni air-cond kekadang jadi panas, enjin salu sentak2 esp bila naik bukit sebab gear-box dah problem, nak tukar kena RM 5k so terpaksalaa tunda dulu. Tapi mlm tu takde sentak langsung.

Tapi yelaa, benda dah nak jadik kan. Then hujan pulak tu, ditambah dgn tayar belakang yg dah agak botak. Bila kena lopak air, tayar belakang kanan terus 'membuang' and hit the divider, the car was spinning around, hit the divider again, went crazy like gasing i guess. Lepas tu melintang kat tengah jalan. Depan, belakang kereta dah hancur. Nasib baik pintu boleh bukak, so Hubby dan kawan dia pun sempat keluar. Tak sampai seminit ada motor lalu tempat tu. Hubby dah jerit2 kat tepi tu tapi dgn cuaca hujan n gelap malam, mana laa motorist tu perasan. Bayangkan, my husband and his friend terpaksa melihat bagaimana teruknya motorist tu langgar kereta yg dah melintang tu. Memang tak dpt buat ape, tayar depan kereta tu pun dah tanggal, tak boleh nak ketepikan. Sedih sgt bila ada org lain terlibat sama dgn kemalangan tu.

Polis sampai dah laa lambat sgt. Ambulans lagi laa lambat. Dipendekkan citer, budak tu akhirnya mati kat hospital pagi tu dlm 3am. My husband mmg terkedu. Dia rasa bersalah sgt. Tapi sebenarnya bukan salah dia pun. Bukan dia yang langgar budak tu. Dah mmg ajal budak tu, nasib dia pulak langgar kereta yg dah kemalangan. Keadaan agak sukar skrg ni... my husband pun mcm dah fobia nak pegang stereng lg. Kesian dia.

Sebenarnya benda yg berlaku ni bagi kita kesedaran betapa sesungguhnya mmg sgtlah benar, segala takdir itu tidaklah pernah kita ketahui. Ajal, maut itu boleh berlaku bila2 masa je, tak kira tmpt. Soalnye skrg, sudah bersedia ke kita? Sebab tu suka saya ingatkan pada diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat handai sekalian, bila naik kenderaan, salu baca selawat, doa pd ALlah. Lepas tu jangan dengar lagu n muzik yang melalaikan. Lebih2 lagi lagu cinta, puja rindu yang penuh maksiat (esp lagu mat salleh hiphop rnb yg kdg2 berbaur lucah!). Takut2 nya nanti pendengaran terakhir yg telinga kita dengar adalah bunyi/suara/mesej/perkara maksiat yg jauh dari redha ALlah.

Sebab tu lebih baik kita bukak radio channel IKIM.fm (KL-91.5, Ipoh, N.Sembilan-102.7, Melaka-89.5, Kuantan-89.6, JB-106.2 :lain2 tmpt klik http://www.ikim.gov.my/ikim.fm/) . Sekurang2 nya lagu2 kat channel tu byk memuji dan memuja Allah, memberi mesej yg baik dan bermanfaat. Kalu tak pun, beli je CD bacaan ayat2 suci AL-Quran. dgr org baca Quran tu besar pahalanya. Blom lagi kita sendiri yg baca. Pahala mudah pun takkan kita tak sudi nak amik?? Pelik kan kita ni....benda dosa yg susah nak buat tu kita sebok benor nak buat (i.e tgk video klip sexy, download lagu2 maksiat yg takde kaitan dgn agama kita etc). Pahala simple yg mudah nak buat kita yer yer taknak laa pulak.

Kemalangan di Gambang Km 219.4 yg berlaku pada suami sekali lagi memberi mesej dan teladan yg sgt baik. Benarlah, setiap musibah itu ada hikmahnya. Sekurang2nya ia lebih menyedarkan saya ttg ajal, maut, musibah yg tiada 'baunya'. Bila2 je boleh berlaku. Bersedia lah kita. Lakukanlah perkara2 soleh walupun sedang memandu spt yg saya sebut di atas. Biarlah kalimah ALlah menjadi bunyi terakhir yg telinga kita dengar seandainya ajal kita berlaku ketika kita sedang memandu.

Semoga ALlah melindungi kita semua dan biarlah kita hidup/mati dlm keredhaan-Nya, Ameen....

*posted on October 15, 2008