Dlm kehidupan seharian, kita selalu lupa ttg byk hati-hati manusia lain yg mungkin terluka. Tak kisahlaa samada mereka dari kalangan yg dekat, mahupun jauh beribu batu. Kita selalu menafikan kesilapan kita lantaran ego atau sekadar mahu mengelakkan rasa bersalah yg menggamit jiwa (escapism). Kita rasa kita sentiasa betul walaupun dalam hati ada secebis kegusaran. Dalam pada kita cuba membahagiakan org lain, kadang2 kita byk pula menyakiti mereka tanpa sengaja (atau mungkin juga sengaja dlm paksa?). Sungguh…manusia itu byk benar kelemahannya. Maka bila hati mula resah, bermuhasabah lah…tentu ada hati2 di sekeliling kita yg terluka atau mungkin ada peranan yg belum kita selesaikan. Ia sgt berat, beban sepanjang hayat.
Kini, saya menanti hari2 yg mendatang dgn debar. Kelahiran anak kedua tentunya menjanjikan pelbagai warna. Harapnya dipermudahkan segala urusan. MasyaALlah…hingga kini masih lagi tiada calon nama yg tetap, sementelah kali ini tugas Hubby utk beri nama tapi tak kisahlaa, saya percaya, sampai masanya nanti mesti Hubby dpt jumpa nama yg baik dan sesuai utk anak kedua kami ni. Apapun saya sgt menyedari hakikat ttg ada kebarangkalian utk seorang ibu ‘terus pergi’ ketika melahirkan bayi. Sebagai manusia yg terlalu byk dosa, saya mohon ampun dan maaf pada semua, suami, ibubapa, mertua, adik-beradik, keluarga, guru-guru, pensyarah, jiran tetangga, sanak saudara, sahabat handai yg sentiasa di ingatan dan juga tak lupa buat si kecil Damia, anak sulung saya (kadang2 Mama terlebih reaktif!). Minta halalkan segalanya dan maafkan saya atas semua kesilapan saya.
Saya sgt menyayangi semua mereka yg ada di sekeliling saya, dekat mahupun jauh. Saya maafkan semua kesilapan mereka yg mungkin pernah melakukannya. Dalam hati, saya tidak menyimpan apa2 dendam. Bagi mereka yg berhutang, saya halalkan saja. Ketika ini, tiada rasa utk berkira-kira sesama manusia, sebaliknya hati saya jadi kecut bila memikirkan apakah persediaan yg saya ada jika ‘dijemput pergi’ nanti.
Semoga saya sentiasa berada dlm persekitaran yg dpt mendidik jiwa tunduk dan patuh pada-Nya…
*posted on August 6, 2009
No comments:
Post a Comment