pada 26zulkaedah 1429H/pagi 24 nov 2008, i.e mlm tadi, sy bermimpi seseorang yg sgt sy rindui iaitu Mbah Esah sy. dah 10thn mbah meninggal dunia. ketika itu sy nak ambil spm.sy jadi semakin mengagumi mbah hanya apabila dia telah tiada di dunia. mungkin agak terlewat sbb kalau waktu dia masih hidup sy boleh blaja byk perkara dari dia...tentu itu lebih bermakna. tapi apapun, pelajaran yg sy dpt ketika dia telah tiada juga sgt berguna sebnrnya. mbah seorang tua yg saya kira sgt warak. tidur mlm nya sgt pendek krn dia byk solat sunat malam, bertahajjud etc. dia tidak spt orgtua lain yg mcm dh nyanyuk tp mbah, dia sgt rasional dan sopan serta pandai menjaga kehormatan diri walupun dah tua. aurat sentiasa dijaga. sy sgt sygkan mbah esah cuma mungkin dulu tak pandai nak tunjuk sgt.
mlm tadi mimpikan mbah. dlm mimpi tu umur dia sekitar pertengahan 80-an(usia ketika dia meninggal dunia) tetapi wajah dia sgt bersih, bersinar dan mbah nampak sihat dan wajahnya kelihatan jauh lebih muda. walaupun mimpi tu sekejap cuma, tapi dpt juga mengubat kerinduan sy... sy bertekad utk mengikut jejak mbah yg rajin bangun mlm utk solat sunat. sy rindukan mbah sgt... sy mahu berjumpa dgnnya kembali di akhirat nanti. terasa mcm byk perkara yg sy nak ceritakan pada dia..
selain itu sy juga mimpi pd mlm yg sama tadi, terdapat kalimah Laailaahaillallah di dahi sy. apa maknanya ye? sy tak pandai menafsir mimpi, tp jika itu petunjuk yg baik, sy bersyukur. mungkin sy perlu selalu beringat utk menjaga akhlak dan iman sy. sy mesti menjadi mukminah yg solehah. itu impian saya. semoga ia tercapai.... ameeen...........
*posted on November 24, 2008
No comments:
Post a Comment