Tuesday, June 22, 2010

Atrial Septal Defect

Dah seminggu tak cukup tido. sejak awal minggu lepas, Damia demam, cirit siap mcm kena asthma lagi tu. Yg peliknya ubat demam kat klinik mcm tak berkesan langsung. Disebabkan demam yg makin panas, terpaksa laa saya bawak Damia g jumpa Dr.Wati (her Paediatrician since born) kat DSH. Ya Allah, rupanya body temperature dia dah terlalu panas sampai kena bagi ubat jolok lalu rectal. Dan bermula lah episod kami kena dok wad. 3-4 hari dah berlalu, demam Damia on-off-on-off. Saya mmg dah tersgt laa risau. Akhirnya doc buat 2nd blood test, urine test dan X-Ray skali. Waktu tu doc dah tukar medication dia dari 1 jenis antibiotik ke 3 jenis antibiotik (ubat cucuk lalu tiub kecil kat tgn kanan Damia) selain dari oral-medicine. Gas (Nebulizer) utk asthma pun dikerapkan jugak since ade bunyi wheezing and all. Di saat demam dia makin kebah, doc bgtau X-Ray dia menunjukkan organ jantung tu mcm besar sket dari saiz sepatutnya. something has gone wrong somewhere! saya sgt tak sedap hati. ingatkan Damia dah ok rupanya ada masalah lain pulak ke.

Kami 'dikejarkan' ke Hospital Pakar Pantai dgn ambulans utk buat pemeriksaan lanjut ttg jantung Damia. Memang 1st time naik...ya ALlah terus dpt head-ache! Sgt laa laju, terhuyung hayang, org sihat pun bole dpt heart-attack. Dipendekkan citer Dr. Azam buat scan (ultra-sound) kat chest Damia. Kemudian dgn nada yg berhati-hati, dia bgtau kami yg Damia mengalami masalah Jantung Berlubang! Bayangkan... sekecil itu dah ada masalah jantung... saya mmg sgt sedih, terkejut rasa nak nangis pun ada. Saya pandang wajah suami, mata dia pun dah merah semacam... tak berani saya nak pandang dia lama2 takut nanti saya yang tak bole tahan hati terburai airmata kat situ jugak. Ya ALlah.. ia satu dugaan yg sgt berat... rasa mcm jantung saya yang berhenti berdegup...

Penyakit yg dialami Damia skrg ialah ASD (atrial septal defect). Di septum jantung bahagian atrium terdapat 'hole' sebesar 1.2mm and medically, that considered as LARGE already. Ia perlu ditutup utk mengelakkan risiko mudah terkena Pneumoniae (mmg pun Damia salu dpt lung-infection b4 this). Lagipun pergerakkan darah beroksigen tinggi di kiri atrium yg terbobos ke atrium kanan (darah beroksigen rendah) akan menyebabkan ketidakseimbangan tekanan. Bila darah berlebihan kat jantung kanan, ini akan bg pressure kat jantung kanan dan jugak arteri pulmonari yg menghubungkan jantung ke peparu. Akibatnya peparu juga akan mengalami 'pressure' dan mudah 'basah' kerana lebihan darah (dats y mudah kena lung infection/Pneumoniae). Darah dari atrium kiri tu patut semuanya masuk ke bahagian bawah jantung (ventrikel kiri) untuk dipam terus ke sel dan organ badan. Tapi skrg ventrikel kiri tu mcm dah kurang darah beroksigen. Dats y laa nanti bole cepat letih/takda selera makan sgt. Biasanya mmg akan jadi kurang berat badan. Mmglaa tu..BMI Damia cuma 15.0!

Dan yg menakutkan jugak ialah kos pembedahan mencecah RM 30,000! Blom campur kos check-up, medication dan lain2 tu. Malah to make thing worst, takaful tak bole cover penyakit ASD ni sebab dikira sebagai congenital (penyakit dari dlm rahim lagi). Apa nak buat. Mmg kena guna cash sendiri. Mana nak carik? Kenalaa diikhtiarkan... Hiba rasanya bila bayangkan yang tulang dada tgh akan dibelah utk bedah jantung tu. Nyilunya laa. Damia perlu mencapai berat bdn atleast 15kg utk jalani pembedahan. Skrg dia baru 13kg. Saya fikir, mungkin tunggu Damia dah pandai ckp sikit baru kita buat OP. Doc pun ada ckp yg it's ok to wait. Cuma sebaiknya sebelum dia mula bersekolah.

Doakan Damia bertahan dan kami juga dimurahkan rezeki utk membiayai kos perubatan Damia. Yang penting, mulai kini saya dan suami jg perlu jaga kesihatan dan keselamatan kerana kami perlu 'jaga' Damia. Semoga ALlah membantu kami dan memudahkan segala usaha/ikhtiar.

*posted on November 7, 2008

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya pun br dpt tahu anak pt ASD. Kalau bole nak minta tanya lebih pasal ni... Bole tak saya nak contact. Sgt risau ni

    ReplyDelete